
“ Ready. Steady.Lets Pop! Kami POPKONSPIRASY! “
Sebuah band pop quartet dari Kuala Lumpur yang sentiasa Pop Tanpa Konspirasi. Dengan mengetengahkan irama Pop Melayu, lagu-lagu mereka mengingatkan pendengar pada irama pop, punk dan pelbagi lagi. Bila ditanya pada mereka, mereka biarkan sahaja keputusan tersebut pada para pendengar untuk mengklafikasikan genre musik mereka. Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam industry muzik Malaysia secara indie, mereka mula meraih nama di kalangan peminat dan mula berkongsi pentas persembahan bersama-sama artis-artis indie ternama Malaysia seperti HUJAN, PESAWAT, BUNKFACE, OH CHENTAKU dan ramai lagi.
Perjalanan mereka sebagai band indie tidak pernah berakhir meskipun pelbagai dugaan terpaksa dilalui bersama. Antaranya, pertukaran ahli kugiran, masalah teknikal yang lain mengajar mereka erti kesabaran dan tidak mahu berputus asa. Berpegang pada keyakinan dalam diri masing-masing, mereka yakin mereka dapat membawa irama Pop Melayu ke serata Malaysia dan dunia. Dengarkanlah lagu-lagu mereka di laman sesawang sosial.
INFO
Popkonspirasy adalah :
Ceri – Vokal/ Gitar
Shyful Roland – Gitar
Naim – Bass
Hakim – Trumpet
Sessionist – Drums

Click Icon For English Edition






